September 21, 2010

Kembali kepada asas kehidupan di rimba

November 30, 2009

Lawatan ke Jeti baru yg sudah siap 29 Nov 09


Saudara ni akan cuba menggunakan Rapalla dan mutiply. Disebabkan ramai yg memancing hajatnya tak kesampaian. Air baru mula surut, jernih yg kurang amat sesuai dan hasil yang ditunjukkan oleh budak diatas. boleh tahan juga. Kadang2 itulah resmi memancing..orang boleh dapat banyak, tak semestinya kita pun boleh..rezeki Allah yg bagi. Saya masih sibuk dgn tugas.
Hanya pada hari Ahad saja dapat luangkan sedikit masa malawat port memancing saya. Jeti yg ditambah telah siap, cuma sedikit touch-up lagi, cat pun masih basah. Dalam masa beberapa bulan tempat ini akan sibuk dgn aktiviti nelayan menaikan ikan. Ada potensi untuk tubuhkan Koperasi Nelayan disini. Cuma nelayan masih belum ditempatkan disini. Sungai Sepang Besar..Sungai Sepang Kecil, tempat asal nelayan yg asal akan dibangunkan dijadikan Marina. Ketenangan yg suatu masa dulu dan kini mungkin akan berubah. Tempat yg pernah saya naikan kerapu telah lama tiada sejak kematian Wak Sempoh. Semasa arwah masih ada saya sering memancing awal pagi dan Wak akan datang untuk bersihkan rakit pancing.
Semasa bertemu dgn net caster ni, kami berbual tentang rezeki seorang nelayan..tak semestinya sentiasa dapat ikan. Kadang2 tanpa diduga rezeki kita berubah. Kini saya bawa kamera sentiasa..kerana pernah saya ditunjukkan dgn keindahan bumi Allah ini. Anak2 Kedera pernah mudik ke Sungai ini beribu ekor..air berkocak bagai hujan..dan saya hanya berupaya bercerita secara lisan. Mungkin penghijrahan ikan itu berlaku 10 tahun sekali..sapa tahu?..Ada disuatu air pasang pagi..seekor memerang yg tanpa rasa takut dgn saya sedang menikmati seekor ular yg ditangkapnya. Macam dlm netgeo. Ada suatu senja saya melihat air yg berputar dan libasan siakap menangkap mangsa..seekor gelama sebesar tapak tangan..Sayang semua ini tak dirakam dalam kamera. Semua ini tak akan berulang lagi.