March 29, 2009

This week catch


Turun agak lewat pagi, air surut laju pasang besar..Dalam 1 1/2 boleh sekoq ni..saja.
Taut haruan tak berhasil..perlu latihan lagi.. buat buluh taut.

March 22, 2009

23 Mac 2009





Siap abik cuti..nak repeat..harapan menggunung to break personal record..pi ke Tasik ..little bit earlier than before..Hampeehhhh. naik lengoh tangan..Lesson..rezeki..di tangan Tuhan..Soo dengan hati berbelah bagi dan urges yg tak dapat dibendung..aku terpa ke Kuala sungai..ini lah hasilnya...next day ..putin damak (bolos)..The faithful rod was taken for major repair to replace with new rings..buat penyedap hati...

March 15, 2009

Lokasi...

Memang terdapat mitos tasik ini banyak Siakap. Ada melebihi 2o kilo..kena beli reel dan tali baru.

Siakap Tasik Beringin


Rekod Peribadi 6-7 kilo.

14 Mac 2009 jam 7 petang. Matahari kelihatan merah. Securiti yg menjaga kawasan perumahan dan tasik bermesyuarat tukar shit (sebelah rumah) peluang ini aku ambil kesempatan kerana pak guard tidak kelihatan. Tiga kali casting, kali ketiga pancing disentap. Reel tidak dikunci kerana aku mengharap haruan yang kelihatan pagi itu. (sebesar betis aku). Tapi gaya ragutan aku kenal..Siakap. Dengan tenang reel dikunci..dan drag diset dengan pelahan bagi meletihkan ikan..aku risau tali braded 9 kilogram tak dapat bertahan. 3 kali siakap melawan dengan tarikan kira-kira 2o kaki setiap kali sebelum dia mengaku kalah. Bila sampai d tebing aku terus terjun dan memegang mulut siakap, rontaan terakhir semasa mulut siakap ditangan aku memutuskan tali dan ikan terjatuh di tebing yang berumput berair. Alhamdulliah siakap terlalu letih untuk meronta balik ke air lalu aku menggagau mencari mulut dan dgn lafas bismillah menggengam kuat mulut siakap dan menarik kedarat. (no witness available).