March 15, 2009

Rekod Peribadi 6-7 kilo.

14 Mac 2009 jam 7 petang. Matahari kelihatan merah. Securiti yg menjaga kawasan perumahan dan tasik bermesyuarat tukar shit (sebelah rumah) peluang ini aku ambil kesempatan kerana pak guard tidak kelihatan. Tiga kali casting, kali ketiga pancing disentap. Reel tidak dikunci kerana aku mengharap haruan yang kelihatan pagi itu. (sebesar betis aku). Tapi gaya ragutan aku kenal..Siakap. Dengan tenang reel dikunci..dan drag diset dengan pelahan bagi meletihkan ikan..aku risau tali braded 9 kilogram tak dapat bertahan. 3 kali siakap melawan dengan tarikan kira-kira 2o kaki setiap kali sebelum dia mengaku kalah. Bila sampai d tebing aku terus terjun dan memegang mulut siakap, rontaan terakhir semasa mulut siakap ditangan aku memutuskan tali dan ikan terjatuh di tebing yang berumput berair. Alhamdulliah siakap terlalu letih untuk meronta balik ke air lalu aku menggagau mencari mulut dan dgn lafas bismillah menggengam kuat mulut siakap dan menarik kedarat. (no witness available).

7 comments:

  1. baca cerita pun dah rasa suspen dah.........pengalaman yang cukup bermakna...

    ReplyDelete
  2. Yg penting boleh ambik gambag.Lutut nampak menggeletag ni... kira OK!!!

    ReplyDelete
  3. hebat....memang hebat.....Taufik baca mesti dia syok gila....

    masa tu jantung mesti rasa macam nak pecah....teknik penafasan.....macam AF(akedemi fantasia) pulak dah...

    Good luck....

    ReplyDelete
  4. kalau tengok gambar tu betul2.....ibu jari tangan kiri tunjuk GOOD....

    ReplyDelete
  5. Ikan tuu kat tujuh kilo,saghi makan sekilo tahan tujuh haghi,setiap kilo satu jenis masakan...UIshhh!!!Haghu nii...bila boleh pi tasik tuu...???

    ReplyDelete
  6. Kak Nina, terkejut macam mak dara tengok Kasim Selamat..terpa mai bawa tape pengukur..last-last mak dia masak merah dan kari..dia tak sentuh..phobia sebab ikan besaq sangat..mak mentua kata sedap ikan fresh..Khamis & jumaat ini cuti sebab nak buat rekod lagi ..kali ini bawa saksi..naim

    ReplyDelete